Wednesday, September 9, 2015

2nd Pregnancy..



Alhamdulillah..dah masuk 35 weeks pembawaan anak kedua..sekarang baru nak update sebab x sempat..kelmarin, 8 September 2015 pukul 1.20 pagi, abah,mak n tokliah dah berangkat ke Mekah bagi menunaikan haji..Tahniah juga pada sepupu aku belah abah, Syakirah dah selamat melahirkan baby boy pada 8 Sep 2015 hari yang sama abah,mak n tokliah berangkat.

Suami aku drive van bawak family belah mak pergi hantar ke TH Kelana Jaya lebih kurang 11 orang kami..hehe ramai kan tapi best sebab semua jenis sporting..sempat tidur di rumah k.anis di Setapak satu malam...Seronok sangat berkumpul ramai-ramai kat sana..meriah.Anne n K.Saidah pun datang ke rumah k.anis nak jumpa tokliah...Anne pun mengandung jugak n due 5/10/15..Eh ramai betul sepupu n sedara bersalin bulan 10 ni..Hehe aku yang sarat mengandung ni dalam tak larat gagah juga la nak hantar mak abah p sana..yela nanti tak ikut nangis lak sorang-sorang dok rumah kat SP ni..Semoga abah,mak n tokliah diberi kesihatan yang baik untuk melaksanakan rukun Islam yang ke-5 ini..amin InsyaAllah.

By the way..lagi 5 minggu lagi tunggu masa nak bersalin.Kali ni rasa sedih sbb mak mungkin tak sempat balik tengok aku bersalin sebab due 10/10/15 dan mak balik 15/6/15.Then mungkin tunggu di KL terus kot sebab terus nak pergi konvo adik, Asni.. kat UMP,Gambang masa 18/10/15 nanti.Hmmm takperlah, berpantang dulu nampaknya kat rumah mak mertua..nak berpantang sorang-sorang tak berani dengan zulfa yang boleh tahan juga aktifnya..


Harap-harap dapat bersalin normal dan dipermudahkan..Kali ni taknak ambil dah epidural, biar rasa sakit yang natural..ambil epidural memang kurangkan sakit tapi untuk kali ni tak ambil dah kot. Jantina baby aritu scan baby girl..tapi ramai bila tengok perut cakap baby boy..Wallahualam sebab dah scan 4d memang sah2 nampak girl tapi who knows, kuasa Allah nak bagi jantina apa pun aku okay.Tempat bersalin pun tak pasti either kat Sg.Petani or Alor Setar..dah tak kisah kat mana-mana pun asalkan selamat..Doakan saya selamat bersalin ya semua...aminn...















No comments:

Post a Comment