Thursday, July 23, 2015

Jenis Beg Wanita



Selain kasut dan barang kemas, beg tangan merupakan aksesori yang terpenting buat semua wanita termasuklah saya. Kalau nak pergi mana-mana pun kalau  tak ada beg tangan mesti rasa tak lengkap yer lah penampilan seseorang wanita itu pastinya tampak cacat dan kurang sempurna. Selain dijadikan sebagai aksesori, beg tangan juga merupakan keperluan penting untuk memuatkan segala keperluan peribadi sesorang wanita itu.

Untuk mereka yang suka beg tangan yang cantik, berkualiti dengan harga yang berpatutan bolehlah terjah ke website Zalora Malaysia, boleh rambang mata tengok dengan pelbagai pilihan yang ada ikut kepada kehendak sendiri. Beg tangan yang sesuai juga boleh menambahkan kecantikan dan keyakinan seorang wanita. Oleh kerana peranan beg tangan amatlah penting dikalangan ramai wanita, jom kita lihat beberapa koleksi beg wanita yang paling popular dan digemari;

Clutch
Antara jenis beg wanita yang paling digemari ramai adalah jenis clutch. Clutch mempunyai saiz yang kecil dan selalunya dibawa ke majlis-majlis formal untuk disesuaikan dengan pakaian formal seperti ball gowns atau evening dresses. Clutch juga sering digayakan oleh para wanita apabila ingin menghadiri majlis istimewa seperti resepsi perkahwinan mahupun majlis makan malam.


Sling Bag
Selain clutch, jenis beg kedua yang juga mempunyai saiz yang kecil adalah sling bag. Apa yang membezakan clutch dan sling bag adalah penambahan tali pada rekaan sling bag. Beg ini juga disebut sebagai beg silang.

Tote Bag
Jenis beg yang ketiga adalah tote bag atau beg tote. Ia mempunyai rekaan pemegang yang tidak terlalu panjang dan mempunyai saiz yang agak besar.

Shoulder Bag
Dan jenis beg yang seterusnya adalah shoulder bag yang juga mempunyai saiz yang besar. Beg jenis ini juga mempunyai tali pemegang yang lebih panjang daripada tote bag dan membolehkan si pemakai menyandang beg ini di bahagian bahu.

           
Oh ya, kalau nak tengok beg tangan dan lain-lain dari Zalora Malaysia yang terkini, boleh tengok di facebook atau terus ke website. Ingat fesyen ingat Zalora Malaysia!





No comments:

Post a Comment