Monday, June 3, 2013

KENALI PERSONALITI SI KECIL

Bayi ni rupanya ada macam-macam personaliti yang kita leh tengok dengan mata kita sendiri..Patutlah tak semua perangai / personaliti bayi ni sama..Macam anak aku, jupa..dia ni dalam personaliti jenis 'socializer' ..dia kalau jumpa orang tak kenal pun dah seronok sangat kalau orang acah-acah dia..suka gelak-gelak..jerit-jerit happy sorang2 dia..Even dia akan buat bunyi meskipun tak boleh bercakap lagi...

Apapun anak aku ni dari kecik dah nampak indipendent sangat..dia tak suka merengek-rengek lebih..baek je kan?hehe tapi kan..memang dia nampak cerdik berbanding bayi yang seumur ngan dia..bukan nak puji anak sendiri..tapi memang betul..perkembangan minda dia cepat sangat..

So aku boleh la ajar dia dari sekarang ni..bak kata pepatah.. 'melentur buluh biar sampai rebungnya'...moga jadi anak yang cerdik,.makin comel n solehah yer sayang..mama sayang awak....mmmmmuahhhhh!!! Jom tengok kat bawah empat jenis personaliti...cekidautttttttttttt




Empat jenis personaliti
1.      Mengarah
Bersikap teliti bukan ciri yang diutamakan bagi kanak-kanak berpersonaliti ini. Malah jika dia mahukan sesuatu, dia mahukan ia dengan segera. Dalam kerja sekolah pula, kerana kegopohan, mereka banyak melakukan kesilapan ejaan atau kesalahan kerana kecuaian bukan kerana tidak tahu. Tetapi mereka ini seorang yang sangat fokus jika mahu melakukan sesuatu dan secara semula jadi mempunyai sifat sebagai ketua. Di samping itu, dia mempunyai semangat persaingan. Pada dia kehidupan sempurna adalah untuk mencapai sesuatu, mengatasi halangan-halangan dan penyempurnaan.
Dalam belajar berenang, biasanya kanak-kanak personaliti ini akan mudah menyelam dan juga pada bahagian yang paling dalam. Dia juga akan berusaha untuk terapung dalam air walaupun tercungap-cungap. Apabila berjaya sampai di hujung kolam renang, dia akan cepat memberitahu pada orang di sekitarnya yang dia sudah boleh berenang.

2.      Relater
Mudah berurusan dengan orang berpersonaliti ini. Mereka seorang yang pendiam dan sukakan suasana harmoni. Jika dalam suatu kumpulan sedang bergaduh, mereka adalah seorang pendamai. Kanak-kanak golongan ini tidak suka menjadi tumpuan dan lebih suka menjadi pemain dalam sesuatu permainan daripada menjadi ketua. Jika menjadi ketua, mereka adalah yang terbaik kerana seorang yang peka kepada keperluan ahli pasukannya. Padanya kemenangan bukan caranya tetapi membuatkan orang sekeliling gembira adalah yang terbaik.

3.      Socializers
Adakan anda pernah melihat seorang yang suka senyum dan periang? Kanak-kanak yang mempunyai sikap seperti ini mempunyai ramai kawan di sekelilingnya. Walau di mana dia berada, dia pasti menarik ramai orang. Mereka yang berperseonaliti ini adalah seorang yang menyeronokkan dan menggembirakan. Walaupun kelihatan tidak mempunyai apa-apa dalam fikirannya tetapi sebenarnya mereka adalah seorang yang pintar.
Bolehkah anda kesan personaliti ini semasa dia masih bayi? Jawapannya boleh. Anda akan dapat melihat dia seperti bayi yang gembira dan mudah diuruskan. Dia kelihatan mesra walaupun bersama orang asing. Yang penting dia suka bercakap dengan orang. Walaupun ketika itu diba belum pandai bercakap, dia akan membuat bunyi.

4.      Pemikir

Kanak-kanak berpersonaliti in seorang yang teliti dan mahukan sesuatu yang sempurna dalam setiap apa yang dilakukkan. Dalam hubungan sosial, dia tidak mempunyai ramai kawan tetapi mempunyai beberapa  orang yang rapat dengannya. Anda akan dapati dia akan melakukan kerja sekolah dalam tempoh yang lama supaya ia kelihatan kemas dan sempurna. Ini kerana dia tidak suka kerja yang dilakukan dalam keadaan kelam kabut. Malah dia akan memastikan barang-barang miliknya disusun dengan teratur mengikut susunan.
Pengetahuan ini menjelaskan bahawa setiap manusia mempunyai personaliti yang berbeza, demikian juga dengan anak-anak anda. Oleh itu, ibu bapa tidak boleh memaksa anak-anak untuk mempunyai kecenderungan atau kesukaan yang sama.
Jika anak anda secara semula jadi adalah seorang pemikir, tetapi anda memaksanya untuk mempunyai ramai kawan, ia bukan mudah baginya.





No comments:

Post a Comment