Wednesday, March 20, 2013

Makanan Untuk Bayi Pada Usia 6 Bulan



Bila waktu paling sesuai memberi makanan pelengkap kepada bayi

·                     Bila bayi berusia 6 bulan bagi memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi.
·                     Pada usia 6 bulan, sistem penghadaman dan ginjal bayi sudah matang.
·                     Risiko masalah penghadaman, jangkitan dan alahan dapat dikurangkan.

Kesan apabila memberi makanan pelengkap kepada bayi terlalu AWAL

·                     Menyebabkan bayi kurang menyusu kerana kekenyangan
·                     Sistem penghadaman dan ginjal belum matang; enzim penghadaman belum bersedia
·                     Bayi boleh terdedah kepada risiko jangkitan, alahan, dan diarhea

Kesan apabila memberi makanan pelengkap kepada bayi terlalu LEWAT

·                     Tumbesaran bayi boleh terbantut dan bayi kekurangan nutrien

Jenis-Jenis Makanan Pelengkap Bayi


·                     Pilih makanan yang kurang memberi kesan alahan kepada bayi.
·                     Perkenalkan makanan pelengkap satu per satu supaya bayi dapat membiasakan diri dengan rasa dan tekstur makanan itu.
·                     Perkenalkan pelbagai jenis makanan dari setiap kumpulan makanan dalam kuantiti dan tekstur yang sesuai dengan tahap perkembangannya.

KUMPULAN BIJIRIN 

·                     Perkenalkan bijirin berasaskan beras kerana lebih mudah hadam dan jarang timbul kesan alahan.
·                     Ubi kentang ataupun keledek boleh diperkenalkan apabila bayi sudah pandai menyesuaikan diri dgn bijirin berasaskan beras.

SAYUR- SAYURAN

·                     Perkenalkan sayuran berkanji seperti labu, lobak merah, dan ubi kentang.
·                     Perkenalkan pelbagai sayuran hijau seperti bayam dan sawi.
·                     Perkenalkan juga sayuran dari jenis buah seperti labu air dan tomato.

BUAH-BUAHAN

·                     Hanya diperkenalkan selepas bayi diperkenalkan dengan pelbagai jenis sayuran dan dapat menerimanya dengan baik. Ini kerana, buah-buahan mempunyai rasa manis yg semula jadi dan mudah diterima oleh bayi, berbanding rasa sayur-sayuran.
·                     Pilih buah yg segar, ranum, dan lembut seperti pisang, betik, ciku, dan pear.
·                     ELAKKAN memberi buah masam dan bergentian tinggi seperti limau dan mangga.
·                     ELAKKAN buah-buahan di dalam tin kerana tinggi kandungan gula dan bahan pengawet.

KUMPULAN IKAN, AYAM, DAGING DAN SUMBER KEKACANG

·                     Mulakan dgn sumber protein seperti ikan bilis, tauhu lembut(TIDAK BERPERISA) dan kacang pis sejuk beku.
·                     Pada usia 6 bulan, simpanan zat besi dalam badan bayi semakin berkurangan. Oleh itu, berikan bayi ikan, ayam, hati ayam, dan daging lembut mengikut keperluan.

LEMAK DAN MINYAK

·                     Penambahan minyak TIDAK DIPERLUKAN pada peringkat awal kecuali apabila bayi mengalami masalah kurang berat badan.

Alahan Makanan
·                     Makanan yang dikenal pasti boleh memberi alahan ialah:
1.             Putih telur
2.             Kacang
3.             Makanan laut
4.             Gandum
5.             Buah limau
·                     ELAKKAN makanan-makanan ini semasa baru memperkenalkan makanan pelengkap kepada bayi.

Garam, Gula dan Bahan Perasa


·                     TIDAK PERLU sehingga bayi berumur satu tahun.
·                     Asingkan makanan bayi sebelum menambah sebarang perasa untuk ahli keluarga lain.

Cara Memberi Bayi Makan

·                     Guna SUDU PLASTIK khas bagi menyuap.
·                     ELAKKAN penggunaan botol bagi memberi bijirin.
·                     Latih bayi menggunakan sudu ataupun tangan semasa makan

Makanan Semasa Sakit

·                     Lebih banyak tenaga dan nutrien diperlukan.
·                     Tanpa makanan yang mencukupi, tisu badan dan lemak tubuh akan digunakan sebagai sumber tenaga; menyebabkan bayi kehilangan berat badan.
·                     Oleh itu, pemberian makanan berkhasiat semasa sakit amat diperlukan bagi membolehkan tubuh bayi melawan penyakit, tanpa menggunakan simpanan nutrien dalam tubuh.





6 bulan
Tekstur makanan : Puri yang halus.
Minuman: Susu ibu.
Makanan yang dicadangkan: Beras, pisang, ubi kentang, keledek, bayam dan lobak merah.
Perlu dielakkan: Garam, gula, produk tenusu, telur dan kekacang.

8 bulan
Tekstur makanan: Puri yang sedikit kasar.
Minuman: Susu ibu atau susu formula dan air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan (1:5).
Makanan yang dicadangkan: Buah-buahan dan sayur-sayuran.
Perlu dielakkan: Garam, gula, susu lembu segar, organ dalaman haiwan, kekacang dan putih telur.

10 bulan
Tekstur makanan: Makanan yang dilenyek kasar.
Minuman: Susu ibu atau susu formula dan air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan (1:5).
Makanan yang dicadangkan: Buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan ayam.
Perlu dielakkan: Garam, gula, putih telur, kerang-kerangan, kekacang dan cili.

12 bulan
Tekstur makanan: Makanan yang dilenyek kasar
Minuman: Susu ibu atau susu formula, air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan (1:5)
Makanan yang dicadangkan: Sayur-sayuran, buah-buahan, makanan berprotein dan bijirin.
Perlu dielakkan: Garam dan gula yang terlalu banyak, cili dan kerang-kerangan.


No comments:

Post a Comment