Wednesday, September 5, 2012

KEBURUKAN AIR MASAK KEPADA BAYI



KEBURUKAN AIR MASAK KEPADA BAYI

Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang diserang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya. (Air masak adalah air kosong yang tiada apa-apa khasiat untuk baby)

Mengancam Nyawa Melalui Pencemaran 
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan. (Ibu digalakkan direct feeding baby kerana perkakasan yang digunakan seperti botol dan puting botol tidak terjamin kebersihannya menyebabkan baby dijangkiti penyakit. Susu ibu yang diperah pula adalah anti bakteria yang baik dan susu ibu sukar untuk dijangkiti bakteria jahat.)

Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.


Menghakis
Air masak akan menghakis salutan pelindung penyakit yang terhasil daripada susu ibu dan ini akan mendedahkan baby kepada pelbagai jangkitan. (Susu ibu membina perlindungan yang baik dalam perut baby. Sebab tu baby yang menyusu susu ibu sepenuhnya mempunyai daya ketahanan badan yang kuat)

Jaundis/Kuning
Jika baby yang baru lahir kena sakit kuning, atau jaundis..ubat terbaik adalah Susu Ibu dan Phototherapy. Hanya itu ubat yang ada untuk baby jaundis. Kerap menyusukan baby yang terkena jaundis juga adalah baik kerana perkumuhan baby akan kerap terhasil melalui air kencing. Mengeluarkan bilirubin dari badan baby sekerap yang boleh dengan cara menyusukan dengan kerap.

No comments:

Post a Comment