Friday, November 4, 2011

Cara Pemakanan Untuk Ibu Mengandung







Mengapakah pengambilan makanan sihat penting semasa mengandung?
Tujuannya ialah :
  • Untuk memastikan perkembangan janin yang sihat
  • Untuk mengekalkan kesihatan ibu.
  • Untuk memenuhi keperluan nutrien dan memastikan penambahan berat badan yang bersesuaian semasa mengandung
    • Jika anda kurang berat badan, anda perlu menambah diantara 12-18kg
    • Jika berat badan anda normal sebelum mengandung, anda perlu menambah diantara 11-16kg.
    • berat badan anda berlebihan, anda perlu menambah diantara 7-11kg.
    • Jika kandungan anda kembar, anda perlu menambah lebih kurang 16-20kg.
Semasa mengandung berapa banyakkah yang perlu saya?
  • 6-11 hidangan nasi/bijiran atau roti
  • 3-5 hidangan sayur dan buah (sekurang-kurangnya satu yang kaya dengan vitamin c dan satu dalam vitamin A)
  • 2-4 hidangan susu atau produk tenusu
  • 3-4 hidangan daging, ikan dan makanan protein lain termasuk kekacang
  • 6-8 gelas air, dan tidak lebih daripada satu cawan minuman ringan (coca-cola) atau secawan kopi atau teh sehari.
Apakah jenis makanan yang perlu saya makan lebih semasa mengandung?
  1. Pilih makanan yang mempunyai tinggi bahan nutrien seperti :
    • Kalsium (susu, keju, dadih, sayuran dedaun hijau dan produk kacang soya)
    • Zat besi (hati, daging tanpa lemak, roti yang ditambah dengan zat galian dan kekacang jenis kering (kacang peas)
    • Vitamin A (hati, susu, telur)
    • Vitamin B Kompleks ( hati, daging tanpa lemak, ikan dan susu)
    • Vitamin C (jambu, betik dan limau)
    • Asid Folik (sayuran berdaun hijau, hati dan kacang).
  2. Ambil makanan tambahan (jika disarankan oleh Doktor atau Pakar Pemakanan.

Jika menghadapi masalah ini, apakah patut saya lakukan?
  1. 'Lactose intolerance'
    • Cuba produk susu dengan minuman yang mengandungi rendah laktosa
    • Lebihkan pengambilan ikan yang mempunyai tulang yang lembut dan boleh dimakan (sardines, ikan bilis)
    • Minum susu kacang soya dan produk kacang soya
    • Ambil lebih sayuran seperti bayam dan kailan yang mempunyai sumber kalsium yang baik.
  2. Loya (Morning Sickness)
    • Makan pada waktu makan yang teratur.
    • Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap.
    • Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak atau bergoreng.
    • Minum banyak air.
  3. Sakit ulu hati (Heartburn)
    • Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap.
    • Kunyah makanan dengan perlahan.
    • Elakkan berbaring sejurus selepas makan.
  4. Sembelit (Constipation)
    • Minum banyak air.
    • Ambil makanan yang tinggi kandungan serat (bijiran, bijirin penuh, buah-buahan yang tinggi serat dan sayuran)

No comments:

Post a Comment