Friday, November 4, 2011

Alamak...Pendarahan Ketika Mengandung?

Apa punca pendarahan semasa mengandung?

Pendarahan vagina semasa mengandung mempunyai banyak sebab. Ada yang serius dan ada yg sebaliknya. Bagi yang kali pertama melalui pengalaman seperti ini mungkin merasakan ia kejadian yang mengerikan. Walau bagaimanapun, kebanyakan wanita yang mengalami pendarahan semasa mengandung biasanya berlaku pada trimester pertama kehamilan dan ada juga yang berterusan sehingga ke kelahiran bayi. Sebaiknya, jika berlaku pendarahan semasa mengandung, lebih baik terus berjumpa doktor untuk mengetahui masalah yang dihadapi.

Pendarahan pada Trimester Pertama 

Kebanyakan wanita mengalami pendarahan yang sedikit semasa 12 minggu pertama mengandung. Biasanya punca pendarahan vagina semasa awal mengandung adalah :-

1. Implantasi (Implantation)

Pendarahan vagina yang berlaku pada waktu ini adalah sangat sedikit dan berlaku pada masa yang sangat awal sekitar 10 – 14 hari selepas proses persenyawaan. “Pendarahan Implantasi” ini berlaku apabila telur mula tertanam di dalam uterus. Pendarahan berlaku sangat awal dan hanya tompokan kecil serta berwarna pudar daripada period yang normal dan pendarahan ini berlaku tidak lama. Sesetengah perempuan menganggapnya adalah period biasa dan tidak sedar yang mereka telah pun mengandung.

2. Perubahan Servik. (Cervical Change)

Semasa mengandung, darah banyak mengalir ke bahagian servik. Biasanya akan terjadi pendarahan jika pelvik disentuh seperti melakukan hubungan kelamin atau pemeriksaan pelvik.

3. Keguguran (Miscarriage)

Hanya lebih 15% kebarangkalian kandungan akan berakhir dengan kuguguran berpandukan kajian daripada American College of Obstetricians and Gynecologists. Berhati-hatilah kerana pendarahan vagina biasanya adalah amaran kepada keguguran tetapi pendarahan bukanlah bermaksud anda gugur. Ingat, kebanyakan wanita yang mengalami masalah pendarahan semasa hamil masih berjaya melahirkan bayi dengan sihat dan bukan semuanya berakhir dengan keguguran.

4. Kandungan diluar rahim (Ectopic Pregnency)


Kadangkala embrio tidak mamasuki uterus dan menyebabkan kandungan berada diluar rahim dimana embrio membesar di dalam tiub fallopio. Ini dipanggil kandungan diluar rahim dan keadaan ini membuatkan embrio tidak boleh hidup. Tanpa rawatan, kandungan diluar rahim ini boleh membahayakan nyawa ibu dimana darah akan mengalir keluar dan akan menyebabkan si ibu kekurangan darah. Kandungan diluar rahim boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat di bawah perut dan sekitar rahim dan itu adalah tanda anda mengalami masalah tersebut.

5. Kandungan Anggur (Molar Pregnency)

Di dalam kandungan molar yang lengkap, tiada bayi wujud melainkan hanya tisu molar saja. Kebiasaannya, pendarahan yang teruk adalah sintom kepada kandungan anggur/molar. Ia biasanya dikesan pada awal tiga bulan pertama. Ianya juga boleh menyebabkan penderahan teruk dan banyak.

6. Jangkitan Kuman

Kadangkala, jangkitan kuman juga boleh menyebabkan pendarahan diawal waktu kehamilan.

Bila harus berjumpa doktor?

Semasa trimester pertama, jika terdapat pendarahan kecil yang berlaku tidak lebih dari satu hari, beritahu doktor ketika berjumpa pada pertemuan selanjutnya. Jika anda mengalami pendarahan vagina lebih dari satu hari, segeralah berjumpa dengan doktor. Beritahu doktor tersebut tentang perkara berikut:- 
  1. Memberitahu berapa banyak pendarahan yang telah dialami.
  2. Memberitahu berapa jumlah pendarahan yang berlaku disamping menceritakan samada sakit dibawah perut, kejang, deman atau kesejukan.
  3. Menunjukkan cairan yang keluar dari vagina (jika diminta) 

Apa yang dilakukan oleh doktor?
 

Kebiasaannya doktor akan bertanya tentang pendarahan dan melakukan pemeriksaan termasuk pemeriksaan terhadap servik. Berpandukan tahap sintom yang diberitahu anda, doktor mungkin akan melakukan ujian makmal seperti ultrasound untuk mengesahkan bayi anda berada dalam keadaan yang selamat. 

Selalunya, pendarahan vagina pada trimester pertama tidak memerlukan rawatan khusus. Biasanya doktor hanya akan mengesyorkan untuk anda berehat, tidak melakukan aktiviti lasak, tidak banyak berjalan, tidak mengangkat benda yang berat sehinggalah tiada berlaku lagi pendarahan. Anda mungkin diberikan ubat untuk menguatkan rahim anda jika keadaan servik dan bayi anda masih berada di dalam keadaan yang stabil. Jika anda mengalami jangkitan pada servik pula, anda mungkin diberikan antibiotik. 

Jika doktor anda mengesahkan anda keguguran, anda mungkin diberi pilihan untuk membiarkan proses keguguran tersebut secara natural atau mempercepatkan proses tersebut dengan rawatan atau pembedahan kecil seperti Dilation and Curettage (D & C). Semasa prosedur ini dilakukan, doktor akan melebarkan servik anda dan akan menyedut tisu-tisu keluar dari uterus. Alat seperti besi panjang yang hujungnya lengkok juga akan digunakan selepas proses penyedutan dilakukan untuk membersihkan dinding-dinding uterus. 

Jika anda disahkan mengandung luar rahim atau atau kandungan anggur, pemeriksaan lanjut hendaklah disegerakan. Tetapi dalam sesetengah kes kandungan luar rahim juga boleh diselamatkan dengan rawatan. Walaubagaimanapun, kandungan anggur perlu melakukan D & C bagi membuang tumur di dalam uterus. 

No comments:

Post a Comment