Thursday, September 15, 2011

Sebulan Ramadhan di Tanah Suci Mekah

Alhamdulillah...hubby bawak  pergi ke Mekah kerana tugasnya sebagai tour leader membimbing jemaah di sana.Penerbangan kami ke sana adalah dengan Pakistan Airlines.Kami bertolak pada 27 Julai 2011 iaitu 3 hari sebelum bulan puasa.Kapal terbang yang kami naik itu itransit selama sehari dan kemudian dibawa ke hotel di Lahore,Pakistan.I dun really mind,.yelah..kalo xde peluang ni bila lagi nak pegi Pakistan kan?heehe..staf hotel sgt baek dan layan my hubby n i mcm vvip..huhu.kat sana makanan pun okay..nasik briyani n chicken curry dia pun bestt! :)

Then..lepas sehari di Pakistan,.kami bergegas ke Pakistan Airport untuk penerbangan ke Jeddah.Apabila sampai saja di Jeddah Airport,kami terus bertolak ke Madinah Al-Munawarrah untuk ziarah selama 3 hari.Hotel yang kami duduki ialah di Dyafah Al-Shark..not bad jugak..yang penting sangat selesa dan dekat serta berhadapan dengan Masjid Nabawi.Selain mengambil peluang beribadat..tak lupa juga berjalan-jalan di situ pada waktu malam..hik3..sebelah masjid ja ada banyak tempat shopping either kat tepi jalan atau shopping complexes.Dekat sini ramai cakap jubah di Madinah cantik-cantik dan murah dari Mekah..Tapi for me..rasa sama ja kot.yang penting pandai2 la cari kan..kalau pandai tawar-menawar lagi bagus..leh jimat banyak tu.

Duit Malaysia tinggi lagi dari duit Saudi Riyal...kalau RM100 kita..leh dapat 120 Saudi Riyal..okla tu..cuma...barang-barang kat sana mahal sket je..ala biasa la..sini tempat international..so nothing else we can do...kalau bab makan n tempat stay tu..kan da ada dalam pakej.So,.kite x rugi dekat situ...

Hubby bawa aku pergi jalan macam-macam tempat di situ..serta bawa tempat-tempat ziarah bersama jemaah-jemaah lain.Happening sangat-sangat!Jemaah pun mostly suma friendly..

Selepas 3hari kami di Madinah..kami bertolak ke kota suci Mekah..Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5-6jam..lebih kurang dari Alor Setar nak pergi K.L camtu..On the way tu..kami pergi ke Bir Ali untuk niat umrah..memang wajid sebelum masuk ke Mekah..n on the way gak..kami dah start berpuasa dah..However..puasa kat sana memang sangat tak terasa letih okeh!..memang x penat pun..rasa lapar pun kurang.Nenek2 yang tua dari kita leh tahan..xkan kita xleh tahan kot..hahaha...Cuaca kat Mekah kurang panas berbanding di Madinah..

Ok..bila da sampai Mekah..kami stay kat Hotel Al-Fursan..belah tempat Marwah punya..jalan kaki ja..dalam 500 meter camtu..ala jalan ramai2 xkan terasa lenguh punya..pecaya la..Bila bulan puasa ni..memang ramai sangat-sangat jemaah yang datang..dari seluruh negara tu..memang terpaksa berasak-asak kalau nak masuk Masjidil Haram..kadang-kadang terpaksa sembahyang kat luar masjid ja..heee.so..kalau nak pergi..kena make sure pergi 20 minit or lebeh skit untuk bolehkan korang sembahyang di dalam..

Kami bersama jemaah lain pulang ke Malaysia pada hari ke-dua selepas solat Aidilfitri di Masjidil Haram bersama baju raya 'Pink' kami suami isteri..Pengalaman yang cukup-cukup berharga bagi aku..Alhamdulliah syukur.encik Hubby dah pegi sana sepuluh kali da bwk jemaah..

























1 comment: