Sunday, September 25, 2011

Cuba buat...Cara Menyucikan Diri daripada Perasaan Hasad

Salam..bila-bila free cuba buat..yelah tiap-tiap hari jika hati ni tak dibersihkan..
semakin banyak tompok2 hitam yang makin timbul.So mari kita sama-sama sucikanknlah diri dengan berwudhuk...sucikanlah jiwa dengan bersolat.. sucikanlah hati dengan berzikir..

  •  Memaafkan setiap orang setiap hari sebelum tidur...
  • Melupakan segala hutang orang lain dengan kita
  • Tidak berdendam
  • Tidak iri hati
  • Menghayati isi kandungan Al-quran
  • Bersolat 5 waktu di samping membuat solat-solat sunat
  • Berjemaah di masjid bagi mengelakkan silaturrahim sesama muslim yang lain
  • Berzakat
  • Menjaga setiap pemakanan yang di perolehi dengan rezeki yang halal...
  • Redha dengan ketentuanNya
  • Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada tanpa membandingkan diri dgn org lain

Muhammad ibnu Sirin rahimahullah mengatakan,
“Saya tidak pernah dengki kepada orang lain dalam perkara dunia, karena apabila dia ditetapkan sebagai ahli jannah, bagaimana bisa saya mendengkinya dalam perkara dunia, sementara dia berjalan menuju jannah. Sebaliknya, jika dia adalah ahli naar, bagaimana bisa saya dengki kepadanya dalam perkara dunia, sementara dia berjalan menuju naar” [Muktashar Minhajul Qashidin 177].


  

YA ALLAH;
Sucikan lah hatiku, bersihkan jiwaku,
ikhlaskan aku melakukan apa sahaja keranaMU,
Kurniakan aku iman yang sempurna,akhlak yang terpuji
dan pekerti yang mulia...

No comments:

Post a Comment