Tuesday, November 30, 2010

Resepi BaksO Cinta

Uhuks..ni mmg faveret aku loh...masa aku stadi kt Uitm Penang..tiap kali aku pegi Jeti Butterworth (Skang jd Rapid Sentral) mesti aku slalu pegi mkn  kt foodcourt dia..menu aku slalu pilih mst baksO..huhu..bakso ni leh dimakan dengan meehoon ka..bihun ka..mee kuning ka..kueteow ka..n maggi pn buleh suma..cuba try..sedap!


(A) Bahan-bahan bebola bakso :
1. Daging lembu – 2 kg (Dihancurkan/dilumatkan)
2. Serbuk lada putih – 3-4 sudu
3. Serbuk lada hitam – 3-4 sudu
4. Serbuk ketumbar – 3-4 sudu
5. Tepung jagung – satu gelas
6. Tepung penaik – sepaket kecil
7. Garam – secukup rasa
8. Bawang putih – 1 labu
7. Putih telur – 2 biji
8. Kiub ayam
cara-cara menyediakannya :
1. Daging yang dibeli tadi , dilumat-lumatkan , biar sampai benar-benar lembut.
20090610
2. Kisar semua lada putih , ketumbar , lada hitam , kiub ayam , putih telur , garam .
3. Kemudian , gaulkan dan uli bahan yang dikisar tadi dengan daging hingga bena-benar sebati.
20090610_002
4. Kemudian , gaulkan dan uli pula dengan tepung jagung dan tepung penaik hingga sebati dan kental.
20090610_011
5. Sesudah diuli , bulat-bulatkan adunan tadi megikut ukuran yang anda suka.
20090610_022
6. Masukkan ke dalam periuk yang betul panas , biar ia masak . Tanda bebola daging bakso masak bila ianya terapung.
20090610_018
TIPS :
* Cara uli sperti roti canai , untuk mengentalkan , doh daging tadi di tumbuk-tumbuk dan dihempas-hempas.
* masa uli : paling baik 45 minit – sejam.
(A) Bahan-bahan sup Bakso :
1. Tulang lembu (jika tiada gantikan dengan ayam pun tidak apa)
2. Bawang putih -dikisar
3. Kiub ayam
4. Serbuk lada putih
5. Serbuk ketumbar
6. Garam secukup rasa
7. Sayur sawi
8. Bawang goreng.
Cara-cara penyediaan :
1. Tumis bawang putih hingga naik bau.
2. masukkan bahan-bahan lain.
3. masukkan air biar mendididih.
4. sayur sawi dan bawang goreng masukkan akhir sekali.
(C) Bahan-bahan sambal Bakso :
1. Cili merah
2. bawang putih
3. garam
4. daun salam
Cara-cara menyediakannya :
1. Semua bahan diatas dikisar dan ditumis sampai masak.
 Sudah siap!!!!!!!!!! :D :D :D :D

No comments:

Post a Comment